Ini Identiti Sebenar Gadis Manja Yang Lapar Cendol Yang Korang Memang Tak Tahu .. Netizen Juga Ada Buat Ramalan? Tepat Atau Tidak?

Golongan wanita dan manja memang tak dapat dipisahkan. Ada yang manja kerana ingin bergurau dengan pasangan, mahu perhatian, mahu perkara atau barang diingini tercapai atau pelbagai sebab mengapa golongan ini lebih manja berbanding golongan lelaki.

Baru-baru ini, video mengenai seorang gadis yang merengek manja terhadap teman lelakinya kerana kelaparan dan tidak dapat makan cendol tular di laman sosial hingga terdapat video parodi yang mengajuk aksi gadis tersebut.

Gadis berkenaan dikenali sebagai Nija atau Nur Anizah Tahang, 20 tahun, mengatakan aksinya dalam video yang tular itu adalah spontan dan bukan dibuat-buat.

“Sesiapa yang kenal saya, itu memang diri saya, bukan dibuat-buat. Sedangkan bunyi guruh pun saya boleh menangis dan duduk diam-diam,” jelasnya.

Menurutnya, dia tak sangka video itu akan tular hingga ramai yang membuat parodi mengajuk perbuatannya itu di laman sosial.

Walaupun dia sedar dan melihat semua video parodi tersebut, Nija hanya berfikiran positif dan menganggap ianya sekadar hiburan.

Tambahnya, dia meminta maaf kepada orang ramai jika video itu dianggap melampau oleh orang lain. Dia tidak berniat untuk berbuat sedemikian dan tidak sengaja melakukannya.

‘Menangislah encik makcik bawang semua, Astro dah panggil kitorang’

“Menangislah encik makcik bawang semua, Astro dah panggil kitorang. Lagi-lagi Nija, banyak job dia selepas ini. Alhamdulillah.

“Dalam dengki-dengki korang tu ada juga korang selit rezeki. Hehehe! Terima kasih bawang-bawang semua. Hidup cendol,” demikian tulis Muhd Aiman Amar Maiyuddin, 20, teman lelaki kepada gadis merengek manja kepanasan yang viral di media sosial beberapa hari yang lalu.

Muhd Aiman dipercayai memuat naik kenyataan itu berikutan ramai yang mengecam dia dan teman wanitanya, Nur Anizah Tahang (Nija), 20, selepas video itu viral di media sosial.

16 Februari lalu, Muhd Aiman memuat naik status, “Alhamdulillah sejak kena viral ni, sale terus naik. Hari-hari ada customer minta COD iPhone. Berguna juga makcik-makcik bawang itu semua. TQ sebab bukakan rezeki.”

Sehari selepas itu, Muhd Aiman muat naik gambar yang akaun Instagramnya di mana jumlah followersnya naik mendadak (terkini 80K+) selepas viral video tersebut. Malah mengatakan ‘padan muka’ kepada netizen yang viralkan videonya itu.

“Becoz of you haters sekalian! Padan muka korang viralkan aku lagi, siapa suruh? Rasa bersyukur pun ada sebenarnya. Yelah, semakin senang nak buat business selepas ini, makin senang nak buat marketing!

“Pemikiran negatif anda menjadikan sesuatu perkara positif yang besar buat aku,” katanya.

Dan dalam status terkininya, Muhd Aiman mendakwa ada orang yang cuba menjatuhkannya. Kenyataan yang tidak masuk akal itu membuatkan netizen tertanya-tanya siapa yang mahu menjatuhkannya sedangkan dia naik pun belum.

Apa-apa pun, berpada-padalah memberikan komen yang bimbang akan menyakiti hati ramai pihak. Sememangnya rezekinya masing-masing tetapi usahlah riak, sebaik-baiknya bersederhana dan hiduplah seperti biasa.

Netizen Ramal Jodoh ‘Awek Cendol’ Tak Panjang?

Meskipun dikutuk teruk, teman lelaki kepada wanita itu, Muhammad Aiman Amar berasa bangga apabila mereka dijemput menjadi tetamu bagi salah sebuah slot dalam rancangan bual bicara terbitan Astro iaitu Motif Viral.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Aiman menerusi laman sosial miliknya dengan memuat naik sekeping foto memaparkan mereka bersama tiga pengacara rancangan tersebut pada Isnin (semalam).

Ekoran perkara itu, pasangan itu sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila ramai antara mereka mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.

Sebahagian besar memfokuskan kepada satu isu.

Rata-rata netizen ‘meramalkan’ hubungan pasangan dua ‘sejoli’ ini tidak akan bertahan lama selain turut menyelar tindakan teman lelaki wanita berkenaan yang berbangga secara berlebihan.

Ini kerana mereka ‘bimbang’ dunia glamour akan menyebabkan awek cendol yang comel itu bakal dikejar ramai lelaki kaya.

Usia kedua mereka yang terlalu muda kata para netizen boleh turut menjadi punca.

Bagaimanapun, ia hanya pandangan peribadi netizen semata-mata dan siapa kita nak menjadi malaikat ‘penghukum’ mengenai soal jodoh kan?

Mana kita tahu, mungkin cinta mereka makin kukuh dan awek cendol makin manja selepas ini sehingga teman lelaki nak kentut kuat kat sebelah pun takut dia menangis.

Sehingga kini, video berkenaan dilihat terus menjadi tular dan mendapat perhatian dalam kalangan netizen

Sumber: VitDaily, The Reporter and MyNewsHub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *