Tidak Boleh Bunuh Babi Hutan Jika Tidak Mahu Disaman.. Ini Respond Balas Jabatan Penghilitan Tentang Isu Babi Hutan Jika Dibunuh

Akhir Dec 2016 lalu, (3) Pemuda India membunuh Babi Hutan yang tersesat di Speedmart, Taman Sri Alam, Segamat Johor. Setelah membunuh Babi Hutan, mereka ingkar terhadap kehendak Seksyen 55 (3), Akta 716. Lalu, saya memfailkan Aduan dan Perhilitan Johor memulakan saman terhadap mereka. – Ini komen dari salah seorang aktivist bernama FB “Sharul Nizam Ab. Rahim”.

Akhir Dec 2017 lalu, (3) Pemuda India membunuh Babi Hutan yang tersesat di Speedmart, Taman Sri Alam, Segamat Johor. Setelah membunuh Babi Hutan, mereka ingkar terhadap kehendak Seksyen 55 (3), Akta 716. Lalu, saya memfailkan Aduan dan Perhilitan Johor memulakan saman terhadap mereka

Keputusannya – Satu compoundable summon bernilai RM 1, 500 telah dikeluarkan terhadap setiap seorang kepada mereka yang ingkar. Ketiga2 mereka telah membayar RM 1, 500 dan kes tidak dibawa ke Mahkamah

Berhubung Chegu Mustapa yang dipercayai menembak mati Babi Hutan di Masjid Sungai Plong, Sungai Buloh Selangor – Saya juga telah melakukan perkara sama. Seksyen 55 (3), Akta 716 hendaklah dikuatkuasakan oley Perhilitan. Kegagalan mematuhi kehendak Seksyen 55 (3) – Chegu Mustapa boley dihukum

Image may contain: one or more people and indoor

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) telah dibina oleh Kerajaan sejak 8 tahun lalu. Ia memberi hak asasi kepada semua Hidupan Liar di Malaysia termasuk Babi Hutan, Ular Berbisa serta Biawak

VIDEO BABI HUTAN DI BUNUH PADA 2016 DI JOHOR BHARU.

Diingatkan, video ini ada unsur ganas. Wanita mengandung atau sesiapa ada penyakit terkejut dilarang menonton video ini. Watch at your own risk !

Ini respond Jabatan Penghilitan berkenaan isu viral Saman Jika Bunuh Babi Hutan

Image may contain: 1 person, text

[PENAFIAN]

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia menafikan kenyataan yang dibuat menerusi hantaran di FB “Media Info Semasa” yang dipetik daripada FB “Sharul Nizam Ab. Rahim” berkenaan seorang lelaki telah didakwa kerana membunuh babi hutan yang memasuki masjid di Sungai Buloh Selangor.

Insiden pada 6 Mac 2018 itu melibatkan serangan oleh seekor babi hutan ke atas seorang penduduk yang berada di dalam masjid tersebut. Situasi ini telah mendatangkan kecederaan pada mangsa dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika tindakan lambat diambil.

Berdasarkan Seksyen 55, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], hidupan liar yang menjadi bahaya serta merta terhadap nyawa manusia boleh dibunuh.

Jabatan PERHILITAN telah ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan serangan tersebut berlaku. Tindakan menembak babi hutan oleh penduduk tersebut tidak menyalahi Akta 716 dan ia selaras dengan Seksyen 55 [Akta 716]. Jabatan PERHILITAN juga telah dimaklumkan berkenaan pembunuhan babi hutan tersebut dan tindakan pelupusan telah dijalankan.

Sumber: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *